Tak Kenal Maka Tak Cinta


Peribahasa Melayu mengukir kata, mengambarkan betapa indahnya falsafah yang nyata. Begitulah Adab, Seni dan Budaya kita jika diselami dengan cukup teliti, pasti terserlah nilai yang sebegitu tinggi. Kita akan sungguh-sungguh melestrarikannya, kerana Adab, Seni dan Budaya Melayu adalah rupa kita sebenarnya.

MELAYU & KERIS tidak seharusnya dipisahkan dalam kehidupan kita, kerana ia adalah lambang keutuhan Melayu yang membawa pelbagai maksud dan makna. Terselitlah falsafah pegangan hidup Bani Jawi pada keris Melayu yang seharusnya diabadikan sampai bila-bila. Itulah sebenar diri Melayu yang berani hidup dan tidak pernah mengaku alah sama sekali.

Jika benar kita Melayu, kita kenal jatidiri Melayu. Jika benar kita Melayu, rahsia dan falsafah kita nyata pada sebilah keris itu...