arked


Sewajarnyalah kita semua yang bergelar Melayu mewarisi sebilah keris atau sekurang-kurangnya sebilah keris bagi setiap rumah. Tanda kita Melayu ada tanda di dalam rumah kita iaitu sebilah keris yang punya seribu makna tersemat pada falsafahnya.

Kita sama-sama berusaha memiliki warisan agung nenek moyang kita. Di ruang ini kami pamerkan pelbagai bilah keris yang boleh dimiliki pada mereka yang mencari sebilah keris untuk diri sendiri mahupun untuk disimpan di rumah sebagai memperjuangkan karya seni warisan Melayu yang cukup tinggi nilai seni dan falsafahnya...

Jika benar kita Melayu, akan kita miliki keris sebagai tanda kesungguhan mempertahankan hak Melayu



KERIS UNTUK DIPINDAH MILIK


K-27015 : Keris Melayu Baru. Besi paku keretapi,
Hulu dan Sampir kayu Kemuning, Batang Serunai kayu Lebam.
Buatan Pandai Besi Kelantan. Ukuran 9"/12.5" 

K-27016 : Keris Melayu Lok 7. Keris berpamor diperolehi dari Kelantan.
Ukuran 9.5"/12.5"

K-27017 : Keris Melayu campuran 3 besi. Keris berasal dari Kelantan.
Ukuran 8"/11"

K-27018 : Keris Fatani Bilah Antik. Keris Asli dari Fatani.
Bilah berlurah. Ukuran 6.5"/8.5"

K-27019 : Keris Pamor Fatani. Antik keseluruhan bersampir Sehari Bulan.
Keris berasal dari Fatani. Ukuran 8.5"/11.5" [SOLD]

K-27021 : Keris Debek Fatani. Antik berhulu tanduk Kambing Gurun.
Keris Debek pakaian guru pondok. Berasal dari Fatani. Ukuran 12.5"/16"

K-27022 : Keris Jawa Bugis. Bilah lama berpamor lebih 50 tahun.
Hulu tua Pipit Teleng bersarung baru.
Bilah milik keturunan diperolehi dari Kelantan. Ukuran 12"/15"

K-27023 : Keris Penyalang Fatani. Keseluruhan antik kecuali Hulu
Tapak Kuda berukir penuh. Sampir Sehari Bulan.
Bilah dan sarung diperolehi dari Fatani. Ukuran 18"/22.5"

K-27024 : Keris Alang Fatani Antik. Keris berasal dari Fatani.
Ukuran 13.5"/17"

K-27025 : Keris Sumatera. Hulu Pipit Teleng pada Bilah Lok 13.
Keris diperolehi dari Sabah. Ukuran 14"/17.5"

K-27026 : Keris Melayu Pahang. Keris bilah antik besi sebatang.
Keris diperolehi dari Pahang. Ukuran 15"/18.5"

K-27027 : Keris Replika Bilah Taming Sari.
Baru dari Seberang. Ukuran 15"/18.5"

K-27030 : Keris Saras Sepuh separuh. Keseluruhan antik
diperolehi dari Fatani. Ukuran 11"/14"

K-27031: Keris Anak Alang berhulu tanduk Kambing Gurun.
Bilah antik diperolehi dari Fatani. Ukuran 10.5"/14"

K-27032 : Keris Tajung bilah antik saras lurus. Bilah antik sarung dan
 sampir tebuk. Bilah dari Fatani. Ukuran 12.5"/14.5" [SOLD]

Z-21001: Keris Charitta pattani akut bisu

Z-21002 : Keris Pandai Yahya Fatani

Z-21003 : Keris Penghulu Bugis Sulawesi

Z-21004 : Keris Pandai Saras berpamor


SENJATA IRINGAN


B-27020 : Badik Antik Minang. Badik yang diperolehi dari Rembau.
Ukuran 10"/12.5"