tempa



Menempa sebilah KERIS bukanlah mudah, kalau tidak kena cara sepuhnya keris tersebut boleh patah. Sebenarnya, memang sukar untuk menghasilkan sebilah keris yang cukup bermutu, seorang Pandai Besi harus punya banyak ilmu, bekerja harus tumpu dan tidak boleh terburu-buru, jika tersalah di mana-mana maka boleh cacat sebilah keris yang sedang ditempa.

Pada dewasa ini sudah tidak ramai Pandai Keris di tanah Melayu ini khususnya di negara kita, namun masih ada segeligir anak-anak muda yang samggup sambung usaha agar warisan ini dapat kekal sampai bila-bila.


Dalam menghasilkan sebilah keris terkadang memakan masa yang cukup lama sekiranya menempa bilah yang tinggi nilai seninya. Malah lebih lama lagi jika menghasilkan keris bersyarat, tetapi keris bersyarat ini teramatlah sukar kita mencari pandai besinya. Jika ada pun Pandai Besi yang berilmu dalam keris bersyarat ini, mereka selalunya tidak sanggup menempa keris sebegini kerana syaratnya terlalu ketat. Maka hari ini kebanyakkan keris yang dihasilkan adalah atas dasar seni sahaja namun ada juga yang tetap boleh digunapakai sebagai senjata jika keadaan terdesak bagi sipemiliknya.

Pada sebilah keris, akan bermula dari Pandai Besi dalam menghasilkan bilah. Pandai besi akan bermain dengan Tanah, Api, Angin dan Air dalam pembuat sebilah keris. Bilah keris kemudiannya akan disudahkan oleh Pandai Kayu pula yang akan bermain dengan Kayu, Tumbuhan dan Haiwan dalam menghasilkan karya seni ukir pada sarung atau hulu keris. Inilah ketinggian seni Melayu yang seharusnya kita semua hayati. Seharunya kita simpan sebilah karya seni ini demi penghargaan kita pada para Pandai Besi dan Pandai Ukir kerana mereka sanggup berkorban dalam perjuangan agar warisan Melayu kita kekal sehingga ke akhir zaman.


Jika Benar Kita Melayu, Kita Hargai Jasa Para Perjuang Warisan Kita